07/02/2013, MSTAR
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200
Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula Rabu.
"Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima
pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula
kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke 3 bulan dari tarikh pendaftaran asal dan
bukannya lagi 1 bulan.
"Kami dalam proses menghantar emel kepada semua yang
telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini,"
kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.
Menurut beliau, syarikat-syarikat telekomunikasi dan
wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan
tempoh tersebut.
Sehingga hari ini, lebih 440,000 belia yang berumur 21
hingga 30 tahun berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 dan daripada
jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baharu.
Setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh
negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.
Skim Pakej Komunikasi Belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu.
Wah..boleh apply lagi ni ^^
ReplyDelete