Friday, 24 May 2013

ILMU ASAS FOTOGRAFI


Assalamualaikum....oklah kali ni aku nak menulis tentang ilmu asas fotografi. Sebenarnya sem 2 ni aku ada ambil kelas fotografi. So lebih eloklah jika aku share ataupun kongsi ape yg telah aku belajar dalam ilmu fotografi ni. Selalunya kami akan memakai kamera nikon ketika belajar untuk menangkap gambar. Sebab lecture aku cakap kamera nikon ni dari segi kualiti gambar yg terhasil memang yg paling terbaik walaupun harga kamera ni agak mahal. So aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada lecture fotografi aku, En. Jaafar kerana telah banyak mengajar aku mengenai ilmu fotografi ni. Antara perkara2 basic yg aku nak share dalam ilmu fotografi ni ialah Aperture, ISO, & Shutter Speed. Tapi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi boleh la search kat google ataupun tanya orang2 yg pakar dalam fotografi ni mengenai jenis2 kamera, setting kamera & sebagainya.


APERTURE

Firstly aku nak menerangkan ape itu Aperture. Aperture merupakan suatu mekanisme yang terletak pada lens kamera dan bukannya sistem yang ada pada body sesebuah kamera.Ia berfungsi untuk mengawal cahaya yang masuk ke dalam sensor/filem.Bacaan Aperture selalunya ditunjukkan di dalam unit F-stop.Sebagai contohnya, kit lens 18-55 mm memiliki Aperture F3.5 – 5.6.

“Semakin Kecil Nombor Semakin Besar Aperture , Semakin Besar Nombor Semakin Kecil Aperture”

“Semakin Besar Aperture, Semakin Tinggi Jumlah Kemasukan Cahaya”

Untuk lebih faham, sila rujuk gambar di bawah : 











Selain daripada berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam sensor, Aperture juga berperanan untuk mengawal Depth Of Field (DOF) dan juga Bokeh/Blur.

“Semakin Besar Aperture Semakin Sempit DOF”

"Semakin Sempit DOF Semakin Bokeh/Blur Gambar"






















Kesimpulannya : Semakin besar aperture, semakin bokeh/blur gambar.


ISO

Seterusnya saya akan menerangkan apakah itu ISO. Secara definisinya, ISO (International Standard Organizations) merujuk kepada sensitiviti atau tahap kepekaan kamera kepada cahaya. Jika dahulu, bagi kamera yang menggunakan filem, ia dikenali dengan nama ASA yang membawa maksud American Standards Association. Di antara ISO dan ASA, kedua-duanya mempunyai makna yang sama cuma ASA lebih merujuk kepada kelajuan filem.

Setiap kamera digital akan memberikan hasil gambar yang berbeza walaupun tahap ISO yang digunakan adalah sama. Ini kerana, lain kamera, lain sensor yang terdapat di dalamnya. Jadi, janganlah anda membezakan hasil gambar yang diperolehi oleh dua kamera yang berbeza jenis serta jenama dengan penggunaan setting angka ISO yang sama pada setiap kamera tersebut.

Ok,kita teruskan dengan bab memahami ISO.

Setiap setting ISO dibezakan dengan jumlah nombor tertentu. Berikut adalah contoh nombor yang mewakili setiap setting ISO yang berbeza. Lihat perbezaan di antara setiap gambar berikut:









Penting bagi setiap photographer menggunakan setting ISO yang bersesuaian mengikut cahaya persekitaran.Penggunaan ISO yang sesuai akan mempengaruhi tahap gelap ataupun terang sesuatu gambar. Bagi memastikan gambar yang diambil tidak terlalu terang dan tidak juga terlalu gelap (berdasarkan persekitaran), berikut adalah formula yang selalu digunakan.

“Cahaya Persekitaran Terang = Angka ISO Rendah “

“Cahaya Persekitaran Gelap  = Angka ISO Tinggi”

Berdasarkan formula di atas, penggunaan setting ISO yang berangka tinggi pada situasi gelap akan menyebabkan gambar menjadi terang.Ini kerana sensor yang terdapat pada kamera akan memberikan cahaya artifisial supaya gambar tersebut menjadi lebih terang. Tetapi, cahaya artifisial yang saya maksudkan itu selalunya akan menghasilkan bintik-bintik putih kecil yang akan menjadikan gambar nampak sedikit kasar. Bintik-bintik putih kecil ini dipanggil Noise.

“Semakin Tinggi Angka ISO, Semakin Banyak Noise”

Untuk memahami kaitan di antara ISO dan Noise yang merujuk kepada formula di atas, lihat pada gambar di bawah :




Kesimpulan : Semakin tinggi ISO, semakin sensitif gambar (banyak noise).


SHUTTER SPEED

Dan antara perkara penting yg perlu dalam mempelajari asas ilmu fotografi ialah Shutter Speed. Shutter Speed merupakan suatu mekanisme yang terdapat pada body sesebuah kamera DSLR. Ia tidak seperti Aperture yang merupakan suatu mekanisme yang terdapat pada lens. Dengan kata lain,Shutter Speed juga membawa maksud Exposure Time. Ia berperanan untuk mengawal kemasukan cahaya dan juga mengawal blur moment /freeze (bukan bokeh) sesebuah gambar itu.

Untuk memudah pemahaman, berikut adalah formula mengenai Shutter Speed.

“Shutter terbuka lama, tinggi kemasukan cahaya ke dalam sensor”

“Shutter terbuka sekejap,rendah kemasukan cahaya ke dalam sensor”











Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan subjek kelihatan blur/freeze. Ini kerana, bukaan shutter yang lama akan merekodkan pergerakan yang berlaku ke dalam sensor kamera. Berbeza pula dengan shutter speed yang laju. Shutter speed yang laju akan menyebabkan gambar subjek menjadi kaku.

“Shutter Speed Laju => Masa Shutter Terbuka Sekejap => Kemasukan Cahaya Rendah => Gambar Subjek Yang Sedang Bergerak Semakin Sharp”

“Shutter Speed Perlahan => Masa Shutter Terbuka Lama => Kemasukan Cahaya Tinggi => Gambar Subjek Yang Sedang Bergerak Semakin Blur”


Jadi, setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai apa yg telah saya pelajari mengenai ilmu fotografi. Sekiranya ada sebarang kesilapan apa yg saya tulis di atas boleh meninggalkan sebarang komen di bawah. 


No comments:

Post a Comment