Wednesday, 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum, dalam beberapa jam lagi bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita. Sedih kan sekejap jer bulan Ramadhan dah berlalu. Harap2 kita semua dipanjangkan umur utk bertemu dengan bulan Ramadhan pada masa akan datang. Semoga segala amal ibadah yg kita lakukan di bulan Ramadhan pada tahun ini diterima oleh Allah s.w.t. Memandangkan esok kita dah pun menyambut Hari Raya, di sini saya ingin mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua rakan2 blogger & sesiapa sahaja yg mengenali diri ini. Walaupun kita semua tak pernah berjumpa di alam nyata & hanya bertemu di dunia blogger sahaja, tetapi saya berharap semoga persahabatan kita tetap utuh & berkekalan sampai bila2.
















Bagaimana dengan persiapan raya korang utk tahun ni? Saya cuma beli mana yg perlu saje. Kepada yg akan pulang ke kampung diharap berhati-hatilah di jalan raya. Diharap kita semua dapat menyambut hari raya pada tahun ini dengan penuh kesyukuran & kegembiraan, bukan dengan kesedihan. Tapi yg bestnya tahun ni aku dapat kad raya dari Menteri Besar Johor. Huhuhu setelah beberapa tahun dah tak terima kad raya. Yela sekarang ni kan teknologi dah moden. Semua wish ucapan hari raya pakai facebook, twitter, wechat, whatsapp & seumpamanya.

Ni kad raya dari Menteri Besar Johor






Oklah, setakat ni sahaja post dari saya sempena hari raya utk kali ini. Semoga Hari Raya pada kali ini memberi seribu makna utk kita semua. Sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga...

    ReplyDelete
  2. wuwuw..bestnye. camana dpt kad raya dri menteri besar johor?

    ReplyDelete
  3. Teena TNA & mujahidah maisarah : Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari sya...Maaf Zahir & Batin =)
    mujahidah maisarah : ntahlah...sya pun xtau macam mane boleh dapat...huhu

    ReplyDelete