1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung
sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva
Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh
bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk
polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di
antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup
sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di
lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita
tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina.
Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana
nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah
CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam
Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera
ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA
EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu-
tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia
darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat
hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh
Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan
telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis.
Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd
Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan
perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam
iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai
combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit
dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi
tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi
sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab
temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar
Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara
China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa
Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes
Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak
ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana
pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando
PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper
69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police
SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA
dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup
gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari
TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan
NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus
operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak
mengajar pasukan keselamatan pula.
*Sumber-Kelab Penyokong Polis DiRaja Malaysia & Kiub
Fakta.
--------------------------------------
Satu lagi sumber lain : -
Ketika rehat sap dari "kehidupan oncall", kes pun
tak ada di panggil lagi, aku sempat berbual dengan seorang abg
"komando" dari Kem Tentera Terendak..
Ada beberapa persoalan yang aku Tanya kepada Beliau,
antaranya,
"Abg, kenapa sekarang polis yang sedang berhadapan dengan
penceroboh di Lahad Datu?"
Abg komando, "sekarang ni, orang awam, masyarakat tak
faham tentang siapa yang berkuasa, tentera adalah di bawah Kuasa Yang DiPertua
Agung,
Sekarang ni, Agung sedang memerhati, Beliau melihat banyak
aspek Dan kemungkinan,
Jika nak di Arahkan askar, Agung kena isytihar darurat di
Kawasan terlibat, maka tentera Akan di Arahkan, Dan tempat yang di darurat kan
tu, banyak peraturannya, terutama tempoh berkurung, maka Hal ini boleh
menyebabkan kesusahan kepada rakyat di Kawasan terlibat untuk keluar masuk dari
rumah ke bandar,
Dan, jika tuanku yang mengistiharkan darurat, maka yang
berkuasa direct dari Agung adalah PAT (Panglima Angkatan Tentera), Beliau yang
Akan mengeluarkan sebarang Arahkan, Menteri Pertahanan pula di bawah dia,
kemudian barulah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Panglima
Tentera Laut..
Jadi, kita kena faham, tuanku meneliti untuk mengeluarkan
sebarang Arahan, tuanku tak Akan mengeluarkan sebarangan Arahan..
Orang politik ni, macam macam boleh cakap, kenapa kerajaan
tak Arahkan Tentera, kenapa tu , kenapa ini..
Jadi, orang awam, harus Percaya kepada Agung, tuanku bukan
duk bersahaja, tuanku sedang memerhati, Dan tuanku Akan keluar kan arahannya
nanti.."
Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg, jadi sekarang ni
tuanku tak menitahkan lagi ke Tentera ke sana?"
Abg komando, "sudah ada beberapa Arahan, cuma
penempatan untuk keseluruhan Angkatan Tentera, Tuanku masih menunggu waktu
untuk istiharkan darurat, kerana jika istihar darurat, maka kehidupan rakyat
kat sana Akan terganggu, kehidupan makan minum mereka jadi Susah, jadi, jika
masih boleh di kepung Dan di selesai kan di Kawasan yang minimum, maka darurat
tak perlu nak di istiharkan..
Jangan bimbang, Tentera dah ada, abg sendiri pun kita stand
by, keluar je Arahan, kami Akan bertindak.."
Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg..mudah mudahan semuanya
aman Dan selamat kat sana..Amin.." -MTaJ
-------------------
*Terkini Pasukan ATM telah pun tiba di kawasan yang terlibat
di Sabah dan mereka hanya menunggu arahan untuk bertindak.
Marilah kita semua mendoakan supaya pejuang-pejuang kita di Sabah terselamat daripada segala bala bencana serta dapat mengawal keadaan di sana supaya negara kita aman dan sejahtera.
Marilah kita semua mendoakan supaya pejuang-pejuang kita di Sabah terselamat daripada segala bala bencana serta dapat mengawal keadaan di sana supaya negara kita aman dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment