Monday 19 August 2013

Barang Dari ZALORA Dah Sampai

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya. Kita masih berada di bulan Syawal lagi kan...hehehe. Gembiranya hati sebab akhirnya barang yg ditunggu-tunggu dah pun sampai dengan selamat. Sekejap jer tempoh penghantaran tu. Hari Jumaat order hari Isnin dah sampai. Kira ambil masa 2 hari waktu bekerja. Memang jadi rambang mata juga nak pilih mcm2 barang kat Zalora ni. Sekarang ni pulak memang tgh ada banyak diskaun & sale. Tu yg best nak shopping kat Zalora =)



Sunday 18 August 2013

Maksud Simbol 4 Jari


Apa itu R4BIA?

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬ bermula semalam, bukan?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.


Wednesday 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum, dalam beberapa jam lagi bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita. Sedih kan sekejap jer bulan Ramadhan dah berlalu. Harap2 kita semua dipanjangkan umur utk bertemu dengan bulan Ramadhan pada masa akan datang. Semoga segala amal ibadah yg kita lakukan di bulan Ramadhan pada tahun ini diterima oleh Allah s.w.t. Memandangkan esok kita dah pun menyambut Hari Raya, di sini saya ingin mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua rakan2 blogger & sesiapa sahaja yg mengenali diri ini. Walaupun kita semua tak pernah berjumpa di alam nyata & hanya bertemu di dunia blogger sahaja, tetapi saya berharap semoga persahabatan kita tetap utuh & berkekalan sampai bila2.
















Monday 5 August 2013

KL Gangster 2 Official Trailer 2013

Assalamualaikum, korang dah tengok trailer filem KL Gangster 2? Dah macam filem hollywood pun ada. Makin banyak scene gaduh2. Tu yg aku suka nak tengok tu...huhu. Rosyam Nor pun ada berlakon sekali. Tak sabar nak pegi tengok bulan Oktober ni. Mesti filem ni akan jadi filem box office tahun ni. Jom ramai2 kita tengok trailer filem KL Gangster 2.