Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts
Friday, 24 May 2013
ILMU ASAS FOTOGRAFI
Assalamualaikum....oklah kali ni aku nak menulis tentang ilmu asas fotografi. Sebenarnya sem 2 ni aku ada ambil kelas fotografi. So lebih eloklah jika aku share ataupun kongsi ape yg telah aku belajar dalam ilmu fotografi ni. Selalunya kami akan memakai kamera nikon ketika belajar untuk menangkap gambar. Sebab lecture aku cakap kamera nikon ni dari segi kualiti gambar yg terhasil memang yg paling terbaik walaupun harga kamera ni agak mahal. So aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada lecture fotografi aku, En. Jaafar kerana telah banyak mengajar aku mengenai ilmu fotografi ni. Antara perkara2 basic yg aku nak share dalam ilmu fotografi ni ialah Aperture, ISO, & Shutter Speed. Tapi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi boleh la search kat google ataupun tanya orang2 yg pakar dalam fotografi ni mengenai jenis2 kamera, setting kamera & sebagainya.
Saturday, 11 May 2013
Subhanallah! Sungai Terjernih Di Dunia
Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini
dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang
terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Sungai ini mempunyai kejernihan sehingga mencecah kedalaman
paras 10 meter. Tentu seronok jika sungai ini berada di negara kita. Kejernihan sungai ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT.
Thursday, 14 March 2013
Gambar Menarik
Assalamualaikum....semoga kawan2 blogger semua ceria2 selalu. Kali ni aku nak post tentang gambar2 yang pada pendapat aku menarik dan mungkin agak susah untuk menghasilkannya. Lebih-lebih lagi gambar yang aku post kat bawah ni ditangkap menggunakan kamera & bukannya gambar yang diedit menggunakan photoshop, photoscape atau software2 yang lain. Mesti diorang tangkap gambar pakai kamera yang mahal2 macam NIKON kan. Haa...korang bayangkan macam mane nak tangkap gambar seperti gambar kat bawah ni. Cuma photographer yang pro jer yang tau macam mane nak buat. Sebenarnya ni lah assignment yang aku kena buat untuk subject koko aku untuk sem ni. Macam menarik, so aku harap boleh lah jadi macam gambar kat bawah ni. Dah namanya kelab fotografi, mesti kejenya belajar tangkap gambar jer kan. Next week pulak lecture aku akan bawa aku & geng2 aku ke studio untuk belajar secara praktikal cara2 nak ambil gambar dengan betul setelah 3 minggu kami belajar tentang fotografi secara teori. So aku harap korang enjoy dengan gambar2 di bawah ni.
Sumber
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)

