Thursday 31 October 2013

Kaedah Bisnes Dropship Yang Betul

Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsikan satu kaedah bisnes tanpa modal wang. Usah salah faham. Bisnes Dropship memang tidak perlu keluarkan wang. Cukup sekadar meluangkan masa untuk memahami kaedah ini.

Ianya dinamakan sebagai Bisnes Dropship.

1. Cari pembekal produk niaga online atau offline

Cuba berurusniaga dengan mereka mengenai harga jualan dan harga anda supaya dapat untung. Biasanya pembekal yang anda perlukan ini beroperasi secara offline. Pembekal online biasanya sudah menetapkan harga kos dan harga cadangan untuk jual.

Cari kedua-duanya, jangan harapkan satu cara dan satu tempat sahaja. Pastikan anda ada kamera yang baik untuk menangkap gambar. Sekiranya kamera anda bagus, ambil posisi yang menarik untuk menarik bakal pelanggan anda.


Friday 18 October 2013

Kelahiran Semula : Wanita Buat Laporan Polis Tuntut RM21 Billion Daripada Kerajaan Malaysia


























Wanita bernama KHAMSIAH BINTI MOHAMMED NOOR mendakwa beliau merupakan insan yang melalui proses 'kitaran kelahiran' semula yang sempurna. Beliau telah membuat satu laporan polis menuntut RM21 Billion daripada Kerajaan Malaysia kerana mendakwa setiap kitaran kelahirannya sebelum ini dia telah memperolehi wang tersebut. Namun, hanya negara Malaysia sehingga kini tidak memberikan tuntutan wang itu.


Wednesday 16 October 2013

WAHAI BUMIPUTERA MALAYSIA! MARILAH KITA BERSATU HATI DAN BOIKOT BARANGAN CINA DAP!

SENARAI BARANGAN MILIK ORANG ISLAM

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
6. Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)


Tuesday 15 October 2013

7 Sifat Syaitan Yang Harus Dicontohi

Assalamualaikum. Tak sempat nak godek banyak artikel. Tapi kali ni saya nak share satu artikel yang agak lain dari lain sikit. Syaitan atau iblis. Semua orang kenal kan. Tapi apa yang kita semua tahu syaitan tu jahat. Disebalik kejahatan syaitan tu, percaya tak kalau saya kata ada perkara yang kita boleh contohi? Haa. Ada…jom kita baca 7 sifat syaitan yang harus dicontohi.

1. Pantang menyerah

Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.

2. Kreatif

Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang wajar (Halal).