Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Wednesday, 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum, dalam beberapa jam lagi bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita. Sedih kan sekejap jer bulan Ramadhan dah berlalu. Harap2 kita semua dipanjangkan umur utk bertemu dengan bulan Ramadhan pada masa akan datang. Semoga segala amal ibadah yg kita lakukan di bulan Ramadhan pada tahun ini diterima oleh Allah s.w.t. Memandangkan esok kita dah pun menyambut Hari Raya, di sini saya ingin mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua rakan2 blogger & sesiapa sahaja yg mengenali diri ini. Walaupun kita semua tak pernah berjumpa di alam nyata & hanya bertemu di dunia blogger sahaja, tetapi saya berharap semoga persahabatan kita tetap utuh & berkekalan sampai bila2.
















Wednesday, 17 July 2013

Rezeki di bulan Ramadhan

Assalamualaikum & selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan2 blogger. Akhirnya hari yg ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pagi tadi telah selamat pun sampai voucher KFC RM20.00 setelah beberapa bulan join satu program survey ni. Nama program survey ni AIP ONLINE SURVEY. Daftar free jer. Keje kita cuma jawab soalan survey yg telah diberi & kumpul point utk tebus hadiah yg kita nak. Jumlah minima nak tebus hadiah ialah 2000 point. Ada pelbagai hadiah yg boleh kita pilih. Antaranya Baucar KFC & Mcd, Baucer membeli-belah Pasaraya Giant, Kad Prepaid Hotlink, Xpax & Digi, serta Baucer Petronas. Alhamdulillah, petang ni boleh la tebus voucher KFC ni utk buat berbuka puasa nanti  =)

Jika berminat boleh daftar percuma di sini >> http://my.aipsurveys.com/bm/


Wednesday, 26 June 2013

Alhamdulillah...My Happy Moment


Alhamdulillah petang semalam merupakan final exam aku yang terakhir untuk semestar ni. Aku tahu memang semua orang tertunggu-tunggu saat ni. Penantian selama 3 minggu dengan penat lelah study & kekurangan tido akhirnya telah berlalu. Jadi lepas ni aku kenalah banyakkan berdoa & bertawakkal kepada Allah s.w.t supaya sem ni aku boleh dapat result yg cemerlang. Kepada rakan2 blogger semua yg telah habis ataupun masih lagi menghadapi final exam tu aku nak ucapkan good luck untuk korang semua. Semoga sem ni kita semua dapat keputusan yg cemerlang. Lepas ni boleh la blogging and online fb, twitter, wechat 24 jam....hehe

Sunday, 2 June 2013

Menjelang Final Exam


Assalamualaikum...maybe ni post terakhir aku sebelum nak menjelangnya final exam. Hehe...sebenarnyer aku ni pun jarang nak update blog. Bz jer memanjang. Oklah 10 Jun ni bermulalah paper pertama aku untuk final exam ni. Aku ni pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan awam kat Uthm (Universiti Tun Hussien Onn Malaysia). Tak tau la universiti lain diorang punya final exam start bila kan. Jadi aku berharap semester ni aku boleh lakukan yang terbaik berbanding semester yang lepas untuk final exam ni. Dan aku berharap rakan2 blogger semua boleh mendoakan kejayaan aku supaya semestar ni aku boleh mendapat result yang cemerlang. Insyaallah...kalau boleh dapat dean list untuk sem ni. Aku pun mendoakan kejayaan untuk rakan2 blogger jugak dalam ape jua bidang yang diceburi.


Tuesday, 8 January 2013

Post pengenalan

Assalamulaikum...
Ini adalah blog pertama aku and my first post. Agak kosong skit kat sini sebab baru belajar nak buat blog ni. Klau nak kenal aku boleh klik kat button about me kt atas ni. Jika ada sebarang komen untuk penambahbaikkan amatlah dialu-alukan. Oklah semoga kita berjumpa lagi. Salam