Friday 24 May 2013

ILMU ASAS FOTOGRAFI


Assalamualaikum....oklah kali ni aku nak menulis tentang ilmu asas fotografi. Sebenarnya sem 2 ni aku ada ambil kelas fotografi. So lebih eloklah jika aku share ataupun kongsi ape yg telah aku belajar dalam ilmu fotografi ni. Selalunya kami akan memakai kamera nikon ketika belajar untuk menangkap gambar. Sebab lecture aku cakap kamera nikon ni dari segi kualiti gambar yg terhasil memang yg paling terbaik walaupun harga kamera ni agak mahal. So aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada lecture fotografi aku, En. Jaafar kerana telah banyak mengajar aku mengenai ilmu fotografi ni. Antara perkara2 basic yg aku nak share dalam ilmu fotografi ni ialah Aperture, ISO, & Shutter Speed. Tapi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi boleh la search kat google ataupun tanya orang2 yg pakar dalam fotografi ni mengenai jenis2 kamera, setting kamera & sebagainya.


Sunday 12 May 2013

Keputusan Perlawanan Akhir Piala FA : Manchester City 0 Wigan 1

Keputusan perlawanan Piala FA pada tahun ini agak mengejutkan apabila pasukan pilihan Manchester City tewas secara mengejut dengan kekalahan 1 - 0 kepada pasukan kerdil Wigan Athletic. Gol kemenangan pasukan Wigan Athletic telah dijaringkan oleh pemain gantian iaitu Ben Watson pada minit ke 90. Selain itu, antara pasukan bukan pilihan yang pernah memenangi Piala FA ialah Sunderland 1973, Southampton 1976, dan Wimbledon 1988. Kita saksikan detik-detik kemenangan pasukan Wigan Athletic yang telah berjaya memenangi Piala FA bagi tahun 2013.


Pasukan Wigan Athletic meraikan kemenangan mereka di Stadium Wembley


Saturday 11 May 2013

Subhanallah! Sungai Terjernih Di Dunia


Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Sungai ini mempunyai kejernihan sehingga mencecah kedalaman paras 10 meter. Tentu seronok jika sungai ini berada di negara kita. Kejernihan sungai ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT.


Thursday 9 May 2013

Sedarlah Wahai Bangsaku....

Monday 6 May 2013

Review : Iron Man 3

Sebenarnya aku dah tengok movie ni pada hari Rabu lepas time hari pekerja 1 May. Sekarang ni baru la aku ada masa nak cerita pasal review movie ni. Huhu...biasalah agak busy sikit. Bagi aku movie ni oklah 4/5 bintang aku boleh bagi. Mula2 tu memang agak bosan sikit sebab takde lawan2 & banyak cakap jer. Lepas tu time dah pertengahan filem barulah best. Memang rugilah kalau korang tak pergi tengok. Kat bawah ni jugak aku ada listkan sikit Iron Man Armours yang datang tolong Tony Stark masa dia nak lawan Aldrich Killian (watak jahat dalam movie ni). Harap korang enjoy & jangan lupa untuk tengok movie ni. =)