Sunday, 3 February 2013

4 Tip Terbaik Untuk Dapat Duit Dengan Mudah

1) EnSurvey

Apakah itu EnSurvey? Ia adalah sebuah website survey secara online dimana ia bertujuan untuk membantu membentuk jenama, memperbaharui dan memperbaiki produk dan perkhidmatan dengan mengambil pandangan dan pendapat tentang produk mereka dari orang ramai. Caranya cukup mudah dengan hanya tandakan pada jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Pendaftaran untuk menyertai EnSurvey adalah percuma dan untuk sesiapa sahaja.
Setiap survey yang anda ambil boleh dapat sampai maksimum RM6.40 untuk setiap survey berdasarkan pengalaman saya menyertai EnSurvey ni. Itu cuma dalam sehari, cuba bayangkan dalam sebulan berapa banyak bayaran yang anda boleh dapat. Anda juga akan dibayar apabila menjemput rakan-rakan anda menyertai Ensurvey.
Manakala untuk cash out anda mesti mempunyai RM 100.00 minimum dalam akaun EnSurvey anda. Yuran pemprosesan sebanyak RM 2.00 akan dikenakan untuk setiap pengeluaran.
KLIK SINI >> EnSurvey


2) 8Share
8Share adalah satu rangkaian laman berita, yang membincangkan mengenai isu-isu semasa. 
Anda hanya perlu daftar secara percuma di 8Share dan di situ terdapat isu-isu semasa mengenai berita terhangat, filem terbaru, dan lain-lain lagi.
Apa yang hanya anda perlu buat ialah SHARE isu-isu semasa tersebut di facebook, twitter, blogger dan lain-lain lagi. Dan yang menariknya apabila rakan-rakan anda klik pada benda yang anda share tadi, anda akan mendapat bayaran berdasarkan berapa ramai yang klik. Makin banyak topik yang anda share, makin banyak anda akan dapat bayaran jika rakan-rakan anda klik pada benda yang anda share. Anda juga akan dibayar apabila menjemput rakan-rakan anda menyertai Says. Kalau nak dapat duit lebih kena lah rajin-rajin SHARE dan jemput ramai kawan untuk join 8Share.
Manakala untuk cash out anda mesti mempunyai RM 50.00 minimum dalam akaun 8Share anda. Yuran pemprosesan sebanyak RM 1.00 akan dikenakan untuk setiap pengeluaran.
KLIK SINI >> 8Share


3) Ipanelonline


Jika anda mendaftar dengan Ipanelonline, mereka akan memberitahu kekosongan survey melalui email. Yang bestnya dalam survey ni bila anda dah dapat RM10 anda dah boleh cashout. Saya suka buat survey ni sebab point yang diberikan tinggi dan senang nak kumpul point. Selepas anda mendaftar, walaupun tiada survey pada hari tersebut, tetapi anda login setiap hari, anda akan tetap dapat point. Apa tunggu lagi. Jom la daftar free kat sini.
KLIK SINI >> Ipanelonline


4) Churpchurp

Churpchurp ni pulak lebih kurang macam Says je. Tetapi bukan mengenai isu-isu semasa, tapi lebih ke arah macam nak mempromosikan barang. Hanya perlu SHARE di facebook, twitter dan lain-lain lagi. Manakala untuk cash out anda mesti mempunyai RM 100.00 minimum dalam akaun Churpchurp anda.
KLIK SINI >> Churpchurp

Dan yang terakhir sekali ialah nuffnang. Nuffnang adalah komuniti blog pengiklanan di Asia Pasifik. Apa yang hanya anda perlu buat ialah daftar dan letakkan iklan nuffnang di blog anda. Bagaimana nak dapat duit dari nuffnang? Kata kunci yang paling utama ialah ‘pengunjungataupun visitor. Lebih ramai pengunjung yang melawat blog anda, berkemungkinan ada diantara pengunjung yang klik pada iklan nuffnang di blog anda dan dari situlah anda akan mendapat bayaran dari nuffnang.
Untuk cash out pulak saya tak pasti la pulak sebab tak pernah dapat duit pun dari nuffnang ni. Sebab blog saya pun baru beberapa bulan buat dan pengunjung pun tak berapa ramai.
KLIK SINI >> Nuffnang 

-Oklah setakat itu sahaja untuk post saya buat masa ni. Saya meminta maaf sekiranya segala perkongsian yang saya tulis di atas tadi ada terdapat kesilapan dan anda boleh meninggalkan sebarang komen di bawah. Sekiranya ada website lain yang boleh menjana income sampingan yang anda tahu, bolehlah juga untuk berkongsi di sini. ‘Sharing is Caring’.

7 comments:

  1. saya pun baru dalam berblogging tapi xpernah lagila dapat duit dr nuffnang..cam nak try ensurvey tu jer..hehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab komen...cubalah try ensurvey...memang senang nk dapat duit brbanding nuffnang.

    ReplyDelete
  3. admin,klu pasang ensurvey tu takpe ke klu ada iklan lain dlm blog?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sbb sudi singgah n komen. Sebenarnya ensurvey ni bukanlah iklan seperti nuffnang, ataupun bentuk iklan yg lain. Tapi ensurvey ni macam kita buat survey secara online. Pergi ke website ensurvey, daftar, lpas tu sahkan pendaftaran melalui emel, n boleh la buat survey online kat website ensurvey tu.

    ReplyDelete
  5. Terbaik la..Sharing is caring..

    jom lawati http://evolutionincome.blogspot.com = Buat duit online tanpa modal.. dah tgk jgn lupa komen dan tinggalkan jejak..

    ReplyDelete