Thursday 9 May 2013

Sedarlah Wahai Bangsaku....


Apa yg saya cuba sampaikan ini TIDAK ada kena-mengena dengan mana2 parti politik. Saya sedar negara kita terdiri daripada pelbagai kaum & agama. Tetapi ini adalah cuma luahan saya sebagai seorang anak Melayu yg tidak mahu Bangsa Melayu terus hilang di tanah air mereka sendiri. Tetapi inilah realiti yg kini berlaku di negara jiran kita. Pernahkah anda semua belajar mata pelajaran Sejarah di sekolah? Dan cuba anda ingat kembali, pada masa dahulu negara Singapura adalah kepunyaan SIAPA? Dan satu hari nanti mahukah kita melihat negara kita ini menjadi seperti negara mereka?


Inilah realiti yg telah berlaku kepada orang2 Melayu pada masa kini. Kerana disebabkan oleh ideologi politik mereka yg berbeza menyebabkan orang2 Melayu telah berpecah-belah dan saling bermusuhan. Sedarlah wahai bangsaku, siapa lagi yg boleh menyelamatkan dan membela nasib orang2 Melayu kalau bukan orang2 Melayu itu sendiri...

  
Tidak mustahil untuk kedua-dua parti ini bersatu. Insyaallah boleh. Ini kerana mereka semua orang Melayu dan beragama Islam. Jika di imbas kembali di dalam peristiwa Hijrah di mana kaum Muhajirin & Ansar telah disatukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Cuba kita renungkan, walaupun kedua-dua kaum tersebut sering bermusuhan dan datang dari latar belakang yg berbeza, tetapi dengan izin Allah s.w.t kedua-dua kaum tersebut telah berjaya disatukan dan seterusnya menjadi sebuah umat Islam yg kuat & bersatu padu. Kita sebagai umat Islam haruslah mencontohi semangat perpaduan seperti yg ditunjukkan oleh kaum Muhajirin & Ansar. Jadi marilah kita semua sebagai orang Melayu bersatu-padu demi Malaysia dan untuk masa depan kita pada masa akan datang. Saya juga berharap kejadian seperti 'Peristiwa 13 Mei' tidak lagi berulang. 
Di sini, saya memohon maaf sekiranya blog post saya ini ada menyentuh sensitiviti mana2 pihak. Bukan niat saya untuk berbuat demikian kerana tujuan utama saya adalah untuk menyeru orang Melayu supaya bersatu-padu tanpa mengira ideologi politik mereka yg berbeza.

No comments:

Post a Comment