Sunday 18 August 2013

Maksud Simbol 4 Jari


Apa itu R4BIA?

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬ bermula semalam, bukan?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.




3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Berikut isi pidato Erdogan dihadapan massa demo pro Mursi di Turki
(disampaikan oleh @AryaSandhiyudha) :

Antara tweet 'speech' Erdogan terkait situasi terbaru tentera Mesir yg masuk ke Masjid Fatih dengan menembak & membunuh rakyat Mesir yg melakukan demonstrasi.

Erdogan: Mereka yg gulingkan pemerintah sah di Mesir & telah abaikan suara rakyat, kini mulai membunuh rakyat mereka sendiri.

Erdogan: Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank tentera Mesir.

Erdogan: Anda boleh lihat di TV (live). Seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

Erdogan: (Anda faham?) Tidak ada yg membantu pemerintah Mesir saat Morsi 1 tahun berkuasa. Baik Barat maupun Arab Teluk.

Erdogan: Kini $16 Billion bantuan dikirim segera oleh negara2 ArabTeluk bagi pemerintah tentera Mesir. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?

Erdogan: Mereka (negara2 ArabTeluk) yang mengirim bantuan $16 Billion kepada pemerintah tentera di Mesir adalah sekutu mereka.

Erdogan: Jumlah rakyat Mesir yg dibunuh semalam & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 org. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

Erdogan: Mereka membunuh 53 saudara Mesir saat mereka melakukan solat subuh. Muslim macam apa ini?

Erdogan: Mereka tanpa belas kasihan membunuh anak-anak, perempuan, dan membakar hospital.

Erdogan: Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.

Erdogan: Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.

Erdagon: Mereka juga membakar masjid kami di Syria & Mesir. Bashar atau Al-Sisi tiada bezanya.

Erdogan: Keganasan di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.

Erdogan: Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

Erdogan: Mari do'akan Syria & Mesir. 100 000 rakyat Syria juga telah dibunuh diktator di Syria.

Sumber

Avatar simbol #R4BIA yang dipakai supporters Pro Mursi di social media (twitter, fb). Silakan ganti ava sbg bentuk solidarity dan kepedulian anda terhadap nasib saudara2 kita di Mesir!! Yang penting niat. Bukan hanya ikut-ikutan.

2 comments: