Thursday 31 October 2013

Kaedah Bisnes Dropship Yang Betul

Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsikan satu kaedah bisnes tanpa modal wang. Usah salah faham. Bisnes Dropship memang tidak perlu keluarkan wang. Cukup sekadar meluangkan masa untuk memahami kaedah ini.

Ianya dinamakan sebagai Bisnes Dropship.

1. Cari pembekal produk niaga online atau offline

Cuba berurusniaga dengan mereka mengenai harga jualan dan harga anda supaya dapat untung. Biasanya pembekal yang anda perlukan ini beroperasi secara offline. Pembekal online biasanya sudah menetapkan harga kos dan harga cadangan untuk jual.

Cari kedua-duanya, jangan harapkan satu cara dan satu tempat sahaja. Pastikan anda ada kamera yang baik untuk menangkap gambar. Sekiranya kamera anda bagus, ambil posisi yang menarik untuk menarik bakal pelanggan anda.



2. Muat naik gambar-gambar produk yang nak dijual

Muat naik ke Facebook, Mudah.com, Blog dan lain-lain laman sosial atau cetak untuk dijadikan katalog dan berikan kepada rakan-rakan pejabat anda atau ke tempat lain. Jangan lupa letakkan nama dan nombor telefon serta ayat iklan supaya anda dapat memaksa bakal pembeli membeli produk anda.

3. Prospek sudah mula membeli?

Minta mereka buat bayaran ke akaun bank anda dan selepas itu sms bukti bayaran tersebut kepada anda beserta nama penuh dan alamat mereka.

4. Tempah produk tersebut dengan pemilik yang sudah mencapai kata sepakat

Minta pembekal hantarkan produk tersebut atau anda hantarkan sendiri. Jika anda hantarkan, pastikan mereka membayar kos penghantaran tersebut, bukan anda yang tanggung ya!

5. Balas sms pelanggan untuk memberitahu mereka proses penghantaran

Beritahu mereka yang produk akan sampai dalam masa 3-5 hari bekerja (cadangan saya) supaya anda tak kelam kabut nanti. Pastikan anda kemaskini stok barangan, jangan orang sudah bayar nanti barang pula tiada!

* Semoga segala perkongsian mengenai Bisnes Dropship memberi maklumat yg berguna dan boleh menambah ilmu pengetahuan kepada sesiapa sahaja yg ingin melakukan Bisnes Dropship.

No comments:

Post a Comment