Wednesday 14 May 2014

5 Cara Termudah Buat RM100 Sehari!


Setiap hari semakin ramai orang yang cuba untuk mempelajari teknik perniagaan internet dan seterusnya buat duit dengan cepat. Ramai yang mula sedar bekerja makan gaji selama 40 jam
seminggu untuk 40 tahun yang akan datang sungguh meletihkan!

Oleh itu dibawah ini saya berikan sedikit idea tentang 5 perniagaan internet yang paling lumayan dan akan terus berkembang. Jika anda masih lagi tercari-cari apakah perniagaan internet yang terbaik buat masa ini, saya bongkarkan dibawah 5 perniagaan internet yang paling menguntungkan!



Perniagaan Internet #5 - Google Adsense

Google menjana pendapatan jutaan dollar melalui perniagaan iklan yang dipanggil adwords. Iklan-iklan adwords ini boleh anda dapati di sebelah atas dan kanan setiap kali anda membuat carian di google.

Google juga menawarkan kepada kita untuk berkongsi pendapatan iklan ini dimana anda boleh menyiarkan iklan-iklan adwords ini diweb anda dan program ini dipanggil google adsense. Katakan
dalam sehari 100 orang telah klik iklan adsense anda dan setiap klik anda dibayar 20 sen, bermakna sehari anda telah mendapat 100x0.20 = RM20. Dalam masa sebulan anda boleh menjana
antara RM500-RM1000 dengan adsense ini. Jangan terperanjat jika ada yang mencecah sehingga RM100 perklik!

2 cara untuk memaparkan iklan adsense ini ialah melalui blog atau forum. Anda boleh membuat blog-blog yang menghiburkan, kelakar atau informatif. Ini akan  membuatkan pelawat untuk datang
selalu ke blog atau forum anda dan menghabiskan masa disana dan siapa tahu ramai yang akan klik iklan adsense anda nanti.


Perniagaan Internet #4 - Buat ebook

Tahukah anda seorang nenek, Margie yang menulis ebook tentang penyakit arthritis(sendi) yang hidapinya dan menjadi jutawan segera. Beliau menjual ebook tentang cara beliau menyembuhkan
penyakit tersebut dengan harga $40 sebuah dan terjual lebih 210,000 download! (Peh.. lebih RM8.4 juta daripada sebuah ebook!!)

Perlu diingat anda perlu menulis sesuatu ebook yang mampu menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh orang lain dan mereka sanggup membayarnya. Antara topik hangat ebook yang
mendapat sambutan diinternet ialah teknik temuduga, buat duit, pemasaran internet dan banyak lagi.


Perniagaan Internet #3 - Ebay

Bagi mereka yang sudah lama melayari internet tentu ebay sudah tidak asing lagi. Walaupun ianya agak lama, masih ramai yang menjalankan perniagaan internet melalui ebay dan mendatangkan
pulangan yang lumayan. Konsep perniagaan ebay agak mudah, anda beli barang murah dan jual dengan harga untung.

Cara termudah untuk anda memulakan bisnes ebay ialah dengan melihat disekeliling rumah anda. Sudah tentu ada barang yang tidak diperlukan tetapi masih elok, dan ini boleh mendatangkan
duit diebay.

Contohnya jual barang terpakai, hadiah perkahwinan yang tak digunakan, buku-buku lama, barangan sukan lama, jam tangan lama, pakaian, perfume dan juga barang yang besar seperti kereta
antik dan sebagainya. Untuk melariskan jualan, saya sarankan anda berikan penghantaran percuma kerana ini boleh meningkatkan jualan.

Jangan terkejut apabila saya beritahu komik "Superman 1938" telah dijual diebay dengan harga
RM3,000,000 (RM3 juta!) wow!!


Perniagaan Internet #2 - Youtube

Youtube adalah laman web ketiga paling ramai pengunjung selepas facebook dan google. Ideanya disini ialah anda boleh gunakan pengunjung youtube untuk melawat blog atau website. Sudah tentu
trafik daripada youtube memang ramai dan yang penting sekali ianya percuma!

Pastikan sebelum anda membuat sesuatu video, siapkan blog atau web dahulu. Dalam video anda boleh letakan link blog anda. Jika video anda menarik dan unik, ramai yang akan klik link dibawah
video dan terus ke blog anda. Diblog anda boleh gunakan google adsense untuk buat duit atau membina list untuk produk anda.


Perniagaan Internet #1 - Aplikasi Iphone

Jangan panik apabila saya katakan membina aplikasi iphone boleh menjadikan anda jutawan segera. Video game Angry Birds menjana lebih RM30 Juta dalam masa setahun. Dan game Doodle Jump pula menjana RM36 Juta dalam tempoh yang sama dengan lebih 28,000 download sehari.

Cara termudah untuk membuat aplikasi iphone ialah dengan mengupah orang lain membuatnyadi o-desk atau elance. Anda buatkan satu visual game tersebut dengan powerpoint dan programmer boleh menciptanya untuk anda dengan bayaran minima.

Siapa tahu aplikasi iphone anda bakal meletop seluruh dunia. Yang penting anda perlukan sedikit kreativiti dan mereka di elance akan jadikan ianya realiti.

All rite, jangan lupa untuk mulakan salah satu daripada bisnes internet diatas. Lagi lama anda menunggu... alangkah ruginya.

No comments:

Post a Comment