Saturday 31 May 2014

Cara Termudah Letak Iklan Nuffnang Dalam Blog


Assalamualaikum, hari ni saya nak berkongsi sedikit cara yg termudah utk kita meletakkan iklan Nuffnang di dalam blog kita. Sebelum tu saya nak menerangkan serba-sedikit ape tu Nuffnang? Nuffnang ni merupakan satu website iklan yang kita boleh letak dalam blog atau certain page. Ok, contoh bila saya letak iklan Nuffnang dalam blog ni, dan ada someone klik kat iklan tu, secara automatik saya punya account Nuffnang ade income. Kiranya dengan hanya meletakkan iklan Nuffnang di blog kita, ia boleh menjana pendapatan berdasarkan jumlah visitor yg klik kat iklan Nuffnang kita. Jadi sambil2 kita berblogging, sebenarnya kita boleh menjana income sampingan hanya dengan meletakkan iklan Nuffnang.



Step 1 : Sign in ke akaun Nuffnang.



Step 2 : Klik 'Manage Blogs'. Pilih blog yg korang nak letak iklan Nuffnang. Lepas tu klik 'Add ad unit'.



Step 3 : Ok, kat situ ada 3 jenis iklan kan. Jadi digalakkan utk meletakkan semua jenis iklan.



Step 4 : Cara utk meletakkan iklan Leaderboard

1) Pergi ke blogger dashboard anda. Klik 'Template'. Lepas tu klik 'Edit HTML'.


2) Tekan F3, taip code '<body>' & search. Copy code utk Leaderboard & paste SELEPAS code '<body>' seperti gambar di bawah. Sebelum klik 'Save Template' klik 'Preview' dulu takut nanti tak jadi pula.



Step 5 : Cara utk meletakkan iklan Large Rectangle

1) Pergi ke blogger dashboard korang. Klik 'Template'. Lepas tu klik 'Edit HTML'.

2) Tekan F3, taip code 'post-footer-line-3' & search. Copy code utk Large Rectangle & paste DI ATAS code '</b:includable>' seperti gambar di bawah. Sebelum klik 'Save Template' klik 'Preview' dulu takut nanti tak jadi pula.



Step 6 : Cara utk meletakkan iklan Skyscraper

1) Pergi ke blogger dashboard korang. Klik 'Layout'. Lepas tu klik 'Add a Gadget'.


2) Klik 'HTML/JavaScript'.


3) Copy code utk Skyscraper & paste DI DALAM 'content' seperti gambar di bawah. Namakan gadget anda & klik 'Save'.



Step 7 : Langkah yg terakhir ialah View blog anda & anda boleh lihat kesemua jenis iklan Nuffnang telah berjaya diletakkan di dalam blog anda. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment